Siapa kamu, Wan Fayhsal perlekeh akar umbi UMNO? – Najib

Share


”Siapa kamu untuk perlekehkan dan menghina suara akar umbi parti UMNO seluruh negara?,” soal Datuk Seri Najib Razak kepada Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Tegas Najib, jika tiada akar umbi UMNO, mereka yang melompat pun tidak akan berjaya menjadi wakil-wakil rakyat untuk dikutip oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

Bekas perdana menteri itu mengulas kenyataan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang berkata UMNO ada banyak kelompok, tetapi satu kelompok paling ketara adalah kelompok terkait kes mahkamah yang banyak memainkan peranan mendesak.

Jadi ini sebenarnya perkara terselindung di sebalik kebangkitan suara akar umbi menolak Bersatu.

Kata Wan Fayhsal, sebilangan pemimpin UMNO terkait kes mahkamah, termasuk Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, sebenarnya menggunakan suara kebangkitan akar umbi UMNO menolak Bersatu hanya demi memenuhi agenda peribadi mereka sahaja.

Dalam kenyataanya kepada Sinar Harian, Wan Fayhsal mendakwa, mereka menggunakan Bersatu sebagai kambing hitam bagi menjadikan alasan mempercepatkan pilihan raya, sedangkan jalan perundingan masih terbentang luas.

“Mereka menggunakan Bersatu sebagai alasan mempercepatkan pilihan raya, sedangkan sebenarnya boleh sahaja segala isu kerusi (pilihan raya) dan perbezaan yang menjadi pertikaian mereka dirunding,” katanya.

Pada Selasa lalu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid dalam satu pertemuan tertutup bersama ketua-ketua bahagian UMNO seluruh negara dikatakan mengarahkan ahli-ahli Parlimen parti menarik sokongan daripada kerajaan PN dalam masa terdekat bagi membolehkan perlaksanaan pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dipercepatkan. MG

Leave a Reply