Penyanyi terkenal Indonesia meninggal dunia akibat kemalangan

Penyanyi terkenal Indonesia meninggal dunia akibat kemalangan
Allahyarham Chacha Sherly mengalami kecederaan parah di kepala akibat kemalangan yang berlaku pada Selasa. – Gambar Instagram CHACHA SHERLY
JAKARTA: Khabar duka diterima dari Indonesia di awal Tahun Baharu 2021 dengan berita pemergian penyanyi dangdut terkenal Indonesia, Chacha Sherly ke rahmahtullah pada Selasa selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya.
Kemalangan yang melibatkan enam buah kenderaan pada Isnin itu berlaku di Kilometer 428 berhampiran Tol Semarang – Solo, Jawa Tengah.
Allahyarham Chacha yang berusia 29 tahun menghembuskan nafas terakhir selepas koma berikutan kecederaan parah yang dialaminya,
Menurut polis Indonesia, kemalangan itu berlaku di Kilometer 248 Lebuhraya Bawen – Semarang ketika Chacha dalam perjalanan pulang ke Jakarta selepas bercuti bersama keluarganya.
Kemalangan yang meragut penyanyi itu berlaku selepas sebuah kenderaan hilang kawalan sebelum berpusing dan terbabas sehingga merempuh beberapa kereta lain.
Chacha yang merupakan antara mangsa kemalangan itu dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan dikejarkan ke Hospital Ungaran, Semarang.
Untuk rekod, Allahyarham Chacha pernah menganggotai kumpulan Trio Macan pada 2011 sebelum bergerak sebagai penyanyi solo pada Oktober 2019.
Antara lagu popular nyanyian ialah Ah Kamu (Anumu).
Sementara itu, portal berita Kompas melaporkan, keluarga Allahyarham Chacha tidak mampu membendung kedukaan sebaik jenazah penyanyi itu tiba di Kompleks Perumahan Kedungturi Permai Blok I, Sidoarjo, Jawa Timur, pada Selasa malam.
Keluarga Chaca menangis teresak-esak ketika melihat wajah Allahyarham buat kali terakhir.
Jenazah Chacha dikebumikan di Taman Pemakaman Umum Aspol Wage malam tadi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker