[VIDEO] Bomba Redah Banjir Nak Selamatkan Mangsa, Brader Lori Ni Reject Dulu! Siap Ajak Join Sama Makan Mi Segera πŸ˜‚

Seorang pengguna TikTok @iskandar6400 mencuri tumpuan netizen apabila memuat naik satu hantaran yang memaparkan dirinya didatangi anggota bomba yang cuba menyelamatkannya akibat terperangkap dalam banjir.
Bagaimanapun, video tersebut mencuit hati ramai apabila lelaki berkenaan yang cuba ‘tinggal’ di dalam lori itu enggan diselamatkan.

Sebaliknya, dia turut mempelawa anggota bomba tersebut untuk menaiki lori tersebut untuk sama-sama menjamu selera masakan mi segera yang sedang dimasaknya.

“Cak..abang bomba, jomlah naik makan meggi dulu, lapar tak?,” katanya kepada anggota bomba tersebut.

Pada masa sama, pelawaan bomba berkenaan untuk membantunya keluar daripada kawasan banjir ditolak.

“Taklah, nak masak dulu, makan dulu,” balasnya ketika ditanya bomba tersebut sama ada mahu dibantu atau tidak.

Video tersebut ditonton lebih 833,000 kali di TikTok selain tular di Twitter sehingga diulang kicau lebih 17,000 kali.
@iskandar6400 mantap??????

terima Kasih abam bomba datang tgok kita…

jap jap jap nk makan meeegi ???ya Allah
♬ bunyi asal – kipas lipas

Di ruangan komen, rata-rata terhibur dengan gelagat lelaki berkenaan yang disifatkan masih mampu rileks ketika ramai yang sedang susah hati akibat banjir

“Abang ni boleh jadi pemimpin kalau selepas ini bencana datang. Dia santai, haha.

“Steady lah abang ni, dia tak takut duduk seorang tengah-tengah air banjir tu.

“Mati-mati ingat di dapur, dalam jentera kau bantai masak,” komen sebahagian netizen di Twitter.

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/zFA2sBe4/bomba-datang-selamatkan-tapi-abang-lori-ni-reject-siap-pelawa-makan-mi-segera-sama_hd.mp4[/KGVID]

Rata rata netizen terhibur dengan gelagat abang lori ini

Bagaimanapun, menerusi satu entri terkini di TikTok, lelaki tersebut memaklumkan bahawa dirinya terpaksa keluar meninggalkan lori berikutan paras air meningkat.
“Kena keluar dari lori sebab hari dah nak malam, abam bomba tak bagi duduk dalam lori, air kemungkinan naik,” katanya.


Dalam satu entri di TikTok lelaki berkenaan turut berkongsi satu video ketika dirinya dibawa keluar menaiki bot untuk meninggalkan kawasan berkenaan dipercayai di salah satu kawasan terjejas di Johor.

Sehingga kini, beberapa negeri di Semenanjung termasuk Johor, Terengganu dan Pahang dilanda banjir teruk

Sumber: GEMPAK

[VIDEO] β€˜Nak Beli Mi Segera Untuk Mama’ – Budak Kira Duit β€˜Gaji’ Atas Lantai Bikin Tersentuh

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker