UMNO terus kerjasama dengan PAS, GPS dan mantapkan Muafakat Nasional

KUALA LUMPUR: UMNO kekal dengan pendirian bekerjasama dengan PAS untuk mengukuhkan Muafakat Nasional (MN).

Pada masa sama parti berkenaan tegas dengan pendirian tidak bekerjasama dengan DAP manakala tidak ada perbincangan dan keputusan dilakukan membabitkan parti pembangkang lain iaitu PKR dan Parti Amanah Negara (AMANAH).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pendirian memantapkan kerjasama dengan PAS dan perkukuh MN itu juga disokong oleh ketua-ketua UMNO bahagian yang menghadiri pertemuan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pagi tadi.



“Setakat ini yang diputuskan hari ini ialah kita tidak bekerjasama dengan DAP, kita juga putuskan untuk terus perkukuh kerjasama dengan PAS, selepas itu GPS (Gabungan Parti Sarawak),” katanya ditemui media hari ini.

Beliau menjelaskan UMNO juga tidak membuat sebarang keputusan berhubung kerjasama dengan PKR serta AMANAH.

“Kita tidak bincang perundingan dengan parti lain, kerjasama dengan parti lain selain (PAS dan GPS) itu kita kena tunggu dan lihat kemudian,” katanya turut memaklumkan keputusan pertemuan itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam esok.

“Keputusan MKT esok malam amat penting,” katanya yang baru dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) hari ini.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker