Gadis Bond, Tanya Roberts belum mati

LOS ANGELES – Aktres Hollywood, Tanya Roberts yang dilaporkan meninggal dunia kelmarin sebenarnya masih hidup, menurut laporan Badan Penyiaran British (BBC), hari ini.

Tanya Roberts masih hidup namun berada dalam keadaan kritikal. – BBC

Kesilapan pengumuman kematian Roberts, 65, yang terkenal sebagai Gadis Bond dalam filem A View To Kill di samping Roger Moore dibuat oleh pengurusnya, Mike Pingel.

Pingel berkata dia tersilap mengumumkan kematian Roberts kepada media berdasarkan maklumat yang diterima daripada teman lelaki pelakon itu, Lance O’Brien.

“Saya menerima satu panggilan daripada Pusat Perubatan Cedars-Sinai semalam yang mengesahkan Tanya masih hidup.

“Namun dia kini diletakkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan berada dalam keadaan kritikal,” katanya kepada BBC.

Roberts dikatakan rebah ketika keluar bersiar-siar dengan anjingnya, Ahad lalu dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Cedars-Sinai di Los Angeles. – Agensi

Pelakon James Bond Sean Connery meninggal dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker