Pelakon James Bond Sean Connery meninggal dunia

PETALING JAYA – Pelakon yang popular dengan watak James Bond, Sean Connery, 90, disahkan telah meninggal dunia hari ini.

Difahamkan, dia yang meninggal dunia ketika sedang tidur di Bahamas mempunyai masalah kesihatan.

Antara filem lain lakonannya yang popular termasuklah The Hunt for Red October, Indiana Jones and the Last Crusade dan The Rock.

Aktor berdarah Scottish itu ketika era kegemilangannya pernah merangkul perlbagai anugerah termasuk Anugerah paling berprestij Oscar, dua Anugerah Bafta dan tiga Golden Globes menjadikannya antara pelakon paling berjaya pernah tercatat dalam industri perfileman dunia.
Pemain watak 007 terbaik dalam filem James Bond dalam kebanyakan siri sekuel yang pernah diterbitkan berbanding hero lain yang membintanginya.
Connery baru sahaja menyambut ulang tahunnya yang ke-90 pada Ogos lalu.-K’Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker