[VIDEO] Wanita Guna Kertas Pasir Cukur Bulu Kaki

Seorang wanita Britain  menjadi tular di laman TikTok apabila memuat naik video dia mencukur bulu kakinya menggunakan kertas pasir sebagai pengganti pencukur biasa, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Pengguna TikTok dengan akaun @jules490f berkata, dia mendapat inspirasi melakukan aksi itu daripada beberapa wanita lain yang turut melakukan perkara sama.

“Saya ada melihat video seorang wanita di TikTok  menggunakan kertas pasir 600 grit untuk mencukur bulu kakinya.

“Saya meniru perbuatannya dan ternyata kaki saya menjadi lebih licin. Ia sangat hebat dan berhasil,” katanya.

Tambah Jules, selama ini dia menggunakan pencukur biasa untuk mencukur kakinya dan hasilnya tidak memuaskan seperti kertas pasir.

 

Video itu telah menerima 200,000 tanda suka dan dihujani pelbagai jenis komen daripada netizen.

“Saya pernah melakukan perkara sama tahun lepas, kaki saya kesakitan sehari selepas menggosoknya dengan kertas pasir,” tulis seorang pengguna media sosial.

Kaedah cukur menggunakan kertas pasir ini menerima banyak amaran kerana ia dikhuatiri boleh mengakibatkan jangkitan kuman dan luka pada kulit kaki kerana digosok terlalu kuat. – Agensi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker