[VIDEO] Restoran Pamer Unsur Komunis, Polis Buka Kertas Siasatan

GEORGETOWN: Polis sedang menjalankan siasatan terhadap pemilik sebuah restoran yang menghias dua premisnya masing-masing di Auto City dan Pulau Tikus dengan kertas dinding memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis.

Gambar hiasan dalam sebuah restoran yang memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis di sebuah restoran dekat Juru. - Ihsan pembaca

Gambar hiasan dalam sebuah restoran yang memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis di sebuah restoran dekat Juru. – Ihsan pembaca

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Ra’ais, berkata siasatan dijalankan setelah polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung perkara itu.

“Kita sudah membuka kertas siasatan untuk kedua-dua kes, satu di sini dan satu lagi di daerah Seberang Prai Tengah.

“Kita belum menghubungi pemilik restoran berusia 40 tahun untuk soal siasat kerana di bawah kuarantin COVID-19,” katanya.

Selain itu, kes terbabit juga disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana menerbit atau mengedarkan sebarang kenyataan, khabar angin atau laporan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

 

Polis menanggalkan kertas dinding di dua buah restoran di Pulau Pinang yang mempamerkan unsur komunisme. - Ihsan pembaca
Polis menanggalkan kertas dinding di dua buah restoran di Pulau Pinang yang mempamerkan unsur komunisme. – Ihsan pembaca

Semalam, tular gambar hiasan dalam sebuah restoran yang memaparkan elemen komunisme dan pemimpin komunis dalam media sosial sehingga

menimbulkan pertikaian warganet.

VIDEO DIBAWAH: 

 

[KGVID]https://videos.files.wordpress.com/IbKHnoOx/polis-koyakkan-kertas-dinding-restoran-pamer-komunis-di-pulau-pinang_hd.mp4[/KGVID]

Ramai pihak mendesak tindakan tegas diambil terhadap pemilik restoran terbabit dan ada juga mahu kewarganegaraan individu terbabit ditarik.

Kertas dinding di restoran terbabit kemudiannya sudah pun ditanggalkan oleh polis-BH

Tubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) Siasat Kemasukan Abu Komunis.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker