“Saya Tetap Bersama UMNO” – Ku Li

GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan, beliau tetap berjuang bersama UMNO yang didukungnya selama ini.

Tengku Razaleigh berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Gua Musang, di Dewan Bukit Chekati, di Gua Musang, pagi ini. - NSTP/Ramli Ibrahim

Tengku Razaleigh berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Gua Musang, di Dewan Bukit Chekati, di Gua Musang, pagi ini. – NSTP/Ramli Ibrahim

Katanya, beliau tidak sekali-kali berniat menyertai parti baharu Parti Pejuang Tanah Air yang masih dalam pendaftaran diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.



“Saya ahli UMNO, sebagai seorang ahli politik takkan saya semudah itu nak tukar parti, walaupun saya ini kenalan baik Dr Mahathir, lagi pun dia rapat dengan saya dari dulu lagi.

“Sama-sama senior dari parti UMNO, tapi dia bukan dalam UMNO lagi sekarang, dia cuba nak tubuh sebuah parti pimpinan sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO bahagian Gua Musang, di Bukit Chekati, di sini, hari ini.

Tengku Razaleigh juga Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, berkata beliau berjumpa dengan Dr Mahathir dengan satu tujuan dan tidak lebih daripada itu.



Beliau juga mendakwa tindakannya bersama Dr Mahathir berkongsi pentas itu tidak bertentangan dengan dasar UMNO semata-mata atas dasar untuk mencari keadilan dalam kerajaan.

Mahathir – Ku Li, 2 musuh lama kembali sepentas petang ini



Related Articles

One Comment

  1. Betul kamu masih dalam umno sebab tak dengar pun kamu keluar, tapi adakah umno hendakkan kamu lagi??? Cerita kamu suruh nyahkan barua dalam umno yang berbaik2 dengan pembangkang, yang patut disingkirkan ialah kamu.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker