Jalan Lama Bentong-Raub ditutup akibat tanah runtuh
BENTONG – Jalan Lama Bentong-Raub ditutup kepada semua kenderaan hari ini berikutan kejadian tanah runtuh. Kejadian runtuhan tanah yang berlaku kira-kira pukul 11.50 pagi itu menyaksikan laluan dua lorong berkenaan musnah dan tidak boleh dilalui
TANAH runtuh di Jalan Lama Bentong-Raub menyebabkan laluan itu ditutup kepada semua kenderaan.
Pegawai Daerah Bentong, Datuk Mohd. Zulkifli Hashim berkata, berdasarkan maklumat Jabatan Kerja Raya (JKR) runtuhan berkenaan melibatkan jalan sepanjang 50 meter.
“Langkah awal adalah dilakukan adalah laluan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan buat masa ini.
“Bagi penduduk Kampung Sang Lee boleh menggunakan laluan sebelah Raub yang boleh digunakan sebahagian akibat tanah runtuh baru-baru ini,”katanya di sini, hari ini.
Menurutnya, pemantauan terus dilakukan dan punca masih dalam siasatan pihak terbabit. -K! ONLINE
RAUB - Sebuah lori membawa surat khabar terperangkap dalam kejadian jambatan runtuh di jalan lama Bentong-Raub, dekat pekan Tranum di sini pada Selasa. Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, pemandu lori, Chia Kein Bong, 30, mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Bentong untuk menerima rawatan. Ketua Polis Daerah Raub,…
Pemandu lori terperangkap dalam kejadian jambatan runtuh SEORANG pemandu lori muatan surat khabar berhadapan detik cemas selepas kenderaan dipandunya teperangkap dalam kejadian jambatan runtuh di Jalan Bentong-Raub Lama berhadapan sebuah tokong Cina dekat Raub hari ini. Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata kejadian pada kira-kira pukul 3…
Jalan runtuh, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur terputus BENTONG: Jalan Kuala Lumpur-Bentong yang menghubungkan Genting Sempah ke Janda Baik ditutup kepada semua kenderaan, hari ini. Kejadian jalan runtuh itu dianggarkan berlaku sepanjang 50 meter di laluan FT68, Jalan Bentong-Kuala Lumpur (jalan lama) dalam kejadian banjir kilat pada jam 6.30 petang semalam.…
You must be logged in to post a comment.