Siapa Asyraf tuduh Bersatu curi ahli UMNO? – Armada

Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ternyata menyinggung ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Salah seorangnya ialah Ketua Penerangan Armada Bersatu, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir.

“Siapa Asyraf Wajdi yang nak menuduh dan memfitnah bahawa Bersatu mencuri dan membeli orang-orang UMNO bagi menyertai Bersatu?



“Mungkin beliau baru tersedar setelah menyemak data terkini keahlian UMNO, maka memperakui sudah bahawa kini beliau sekadar menjadi ‘ketua pemuda’ kepada sebuah parti yang ahlinya bukanlah sejumlah 3 juta sepertimana yang asyik dicanang saban hari sejak 10 tahun lalu

“Parti yang telah luput keramatnya, kini sekadar sebuah parti yang semakin mengecil kerana ditinggalkan oleh orang Melayu atas ‘hak’ dan kesedaran mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd AShraf Mustaqim, hak ahli akar umbi dan pejuang UMNO yang tulus memperjuangkan bangsa namun bukan sahaja marah dan kecewa, malah muak dengan budaya perlakuan segelintir pemimpin UMNO seperti Asyraf Wajdi yang tak sudah-sudah dengan fitnah dan permainan sentimen kerana mahu melihat perpecahan orang Melayu.

“Asyraf Wajdi perlu bertanggungjawab atas pengesahan beliau sendiri bahawa UMNO bukan lagi pilihan orang Melayu. Maka jelas UMNO tak wajar untuk terus mencanang bahawa mereka adalah sebuah parti Melayu dominan, hanya sekadar kerana memiliki sejumlah besar kerusi dalam Parlimen menerusi kerajaan Perikatan Nasional yang dipelopor oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin atas semangat muafakat Melayu, sedang ahli teramai semakin meninggalkan mereka kerana segelintir pemimpin UMNO yang tidak jujur dalam agenda permuafakan Melayu,” uajrnya lagi.



Jika sebahagian pemimpin UMNO jujur atas agenda Melayu seperti yang dicanang, pasti dari awal mereka mendaftarkan Muafakat Nasional, kata Mohd Ashraf.

Disebabkan panik apabila akar umbi semakin muak dengan kepimpinan UMNO malah berlaku khianat dalam muafakat yang suatu masa pernah dicanang, maka jalan mudah adalah untuk terus memfitnah Bersatu.

“Rakyat dan rata-rata orang Melayu tak bodoh, dalam era Presiden UMNO pun cuba ber’tik-tok’ untuk meraih sokongan persis ‘Bossku’ dan Ketua Pemuda UMNO tak habis membaja kebencian.

“Asyraf Wajdi perlu jujur jika benar beliau bersungguh dengan agenda pemerkasaan bangsa dan pemuafakatan Melayu-Islam dengan bertanggungjawab atas fitnah beliau ke atas Bersatu dan mewakili suara menerusi sayap ARMADA, saya menuntut Asyraf Wajdi memohon maaf demi kestabilan agenda pemerkasaan negara bangsa di bawah Perikatan Nasional,” katanya. MG



Azis Jamman gelar Pemuda Pas dangkal, bodoh somboh tuduh Shafie

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker