Ivermectin tidak selamat, kesan berganda cirit-birit

Ivermectin tidak selamat, kesan berganda cirit-birit

Kementerian Kesihatan (KKM) melarang penggunaan Ivermectin untuk merawat pesakit Covid-19 selepas kajian mendapati ubat berkenaan tidak selamat digunakan selepas hasil kajian Ivermectin (I-TECH) mendapati ubat berkenaan boleh memberikan kesan berganda berkaitan dengan cirit-birit.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, berkata kementerian ketika ini belum mempunyai data lengkap mengenai kesan advers ubat antiparasit yang dikhususkan kepada binatang itu dan KKM ketika ini belum mengetahui secara jelas mengenai kesan lain susulan pengambilan ubat berkenaan secara ‘off-label’.

“Kita takut dos, penyerapan atau apa-apa berkaitan Ivermectin ini boleh memberi kesan kepada manusia, sebab itu keputusan selepas kajian dilakukan.

“Bukan kerana kerajaan tidak mahu beri (kelulusan penggunaan Ivermectin secara ‘off-label’) tetapi kita memikirkan keselamatan dan kepentingan rakyat,” katanya ketika sesi jawab lisan di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan R. Sivarasah (Sungai Buloh- PH) mengenai keputusan kerajaan menghalang penggunaan Ivermectin secara ‘off label’ pada sesi lisan di Persidangan Dewan Rakyat. K Online

Ivermectin tidak selamat, kesan berganda cirit-birit


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PRN Melaka: Zahid Hamidi Gesa Pengundi Melaka Waspada, Ada Cubaan Burukkan Imej Calon BN

Malaysia Bukan Negara Sihat – Khairy Jamaluddin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker