Pemuda sebak berdepan lebih 100 dakwaan pecah amanah

 

Seorang pemuda yang juga penolong pengurus cawangan pasar raya milik sebuah koperasi berdepan 116 pertuduhan pecah amanah wang tunai hasil jualan bernilai lebih RM364,000 di Mahkamah Sesyen Kota Bharu di Kelantan hari ini.

Tertuduh, Saifulamirullah Saudi, 28, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua tuduhan yang dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.



Semasa prosiding berlangsung, tertuduh kelihatan sebak ketika jurubahasa membacakan pertuduhan dan sesekali berpaling ke arah ahli keluarganya yang turut hadir mengikut kes tersebut.

Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai seorang penolong pengurus sebuah cawangan pasar raya koperasi di Pasir Tumboh, Kota Bharu, diamanahkan untuk mendepositkan wang hasil jualan harian berjumlah RM364,913.50 ke dalam akaun bank majikannya atas nama koperasi berkenaan.

Isa Samad lepas tuduhan pecah amanah, diarah bela diri tuduhan rasuah



Saifulamirullah didakwa secara curang melakukan jenayah pecah amanah dengan menyalahgunakan harta tersebut dengan tidak mendepositkan keseluruhan wang itu.

Mengikut kertas pertuduhan, kesalahan itu didakwa dilakukan sejak 9 Oktober 2019 hingga 5 September lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya negeri, Abu Arsalnaa Zainal Abidin dan Mohd Faizuan Sulaiman mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun, dengan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam itu juga tidak ditawarkan sebarang jaminan, manakala mahkamah menetapkan tarikh 31 Januari 2021 bagi sebutan semula kes.



Keluarga Adib sebak dikunjungi Bomba Kedah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker