Penduduk belasah ‘pocong’ tepi jalan

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario beberapa penduduk kampung menendang ‘hantu pocong’ yang berdiri di tepi jalan di Demak, Jawa Tengah, lapor laman berita Kompas.

Menerusi video yang dimuat naik dalam akaun Instagram @andreli_48, seorang remaja kelihatan berpura-pura menjadi hantu pocong dengan berdiri di tepi jalan untuk menakutkan orang ramai.

Beberapa lelaki kemudian menghampiri remaja itu dan memukulnya sehingga terjatuh. Dia kemudian diangkut ke trak pikap untuk dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Demak, Budi Adhy Buwono mengesahkan penangkapan dua remaja lelaki yang berpura-pura menjadi pocong di kawasannya.

Menurut Budi, motif dua remaja itu berpura-pura menjadi hantu pocong adalah hanya ingin bergurau.

Polis merampas sehelai kostum hantu pocong dan kedua-dua mereka dihantar kepada keluarga masing-masing.

Sebagai jaminan, mereka diminta membuat kenyataan supaya tidak menimbulkan keresahan kepada penduduk pada masa akan datang. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker