Rogol gadis bawah umur dikenali melalui TikTok, kini hamil 8 bulan

Rogol gadis bawah umur dikenali melalui TikTok, kini hamil 8 bulan

MUAR: Seorang pekerja kedai cuci kenderaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur pada Julai tahun lalu.

Tertuduh, Ikhmal Rizza Abu Bakar, 30, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.



Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh yang sudah berkahwin, didakwa merogol remaja terbabit yang berusia 16 tahun ketika itu, di sebuah pusat komersial di Bukit Gambir, Tangkak, pada Julai tahun lalu.

Kedua-dua pendakwaan itu dilakukan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang mana jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sampai 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Sulehan Abd Rahman, manakala tertuduh tiada diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin, dan menetapkan 23 April depan untuk sebutan semula kes.



Bagaimanapun, tertuduh dihantar ke Pusat Koreksional Muar kerana gagal membayar ikat jamin.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat, tertuduh dikatakan mengenali mangsa melalui TikTok sebelum mengajaknya keluar.

Tertuduh kemudian didakwa mempelawa mangsa ke rumahnya sebelum mengambil kesempatan merogol gadis itu.

Kejadian disedari apabila ibu mangsa dikatakan melihat perubahan fizikal anak perempuannya itu lalu mendesak remaja berkenaan menceritakan perkara sebenar, sebelum membuat laporan polis.



Mangsa dilaporkan kini sarat mengandung lapan bulan. BH

Rogol gadis bawah umur dikenali melalui TikTok, kini hamil 8 bulan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker