Ini Sebab Kenapa ‘Siasatan Suruhanjaya Diraja’ Kes Kematian Allahyarham Adib Wajar Dibuat oleh Kerajaan – Najib Razak

 

Kenapa saya kata RCI untuk kematian kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim adalah wajar?

Tahun lepas, Mahkamah koroner memutuskan bahawa kematian Adib adalah akibat perbuatan jenayah oleh beberapa orang yang tidak dikenali pada malam 27 November 2018.



Rusuhan pertama di kuil tersebut berlaku pada malam sebelumnya pada 26 November dan melibatkan sekitar 50 hingga 250 orang.

Namun rusuhan kedua di mana anggota bomba dipukul berlaku pada hari kemudiannya dan melibatkan lebih 10,000 orang.

 

Jadi, RCI bagi kematian Adib mampu menjawab:



 

1. Kenapa lebih 10,000 orang telah dihasut untuk hadir dalam rusuhan hari kedua.

2. Kenapa anggota keselamatan kerajaan seperti bomba yang biasanya disanjung tinggi orang awam tiba-tiba menjadi sasaran kebencian pada malam kedua rusuhan.

3. Siapakah yang menghasut sehingga lebih 10,000 orang hadir dan jika hasutan itu adalah berbaur agama dan bangsa.
Perlu ingat:



1. Pada 26 Nov 2018, seorang ADUN dan EXCO kerajaan Selangor mengeluarkan kenyataan yang kata “kuil diserang oleh sekumpulan orang Islam”

2. Pada 26 Nov 2018, lima orang Menteri dan seorang timbalan Menteri PH telah membuat sidang media bersama di parlimen untuk menuduh Polis tidak bertindak adil pada rusuhan hari pertama.

 



“Menteri perpaduan PH Waythamoorthy membacakan kenyataan yang dikeluarkan bersama Menteri Sumber Manusia M Kulasegaran, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Xavier Jayakumar dan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar R Sivarasa.”

https://www.malaysiakini.com/news/453471

(Pertama kali dalam sejarah Malaysia di mana menteri-menteri kerajaan buat sidang media untuk salahkan penguatkuasa kerajaan sendiri)

 



3. Pada malam 27 Nov 2018, jumlah orang yang hadir rusuhan naik ke lebih 10,000 orang dan anggota keselamatan telah menjadi sasaran.

Sebab itu, saya kata RCI untuk Adib adalah wajar supaya kita semua (terutamanya wakil-wakil Rakyat PH) boleh belajar dari kesilapan agar kita tidak lagi membuat kenyataan bodoh yang mampu mencetuskan pembencian antara kaum/agama dan menjadikan anggota keselamatan negara sebagai sasaran kebencian.

Saya mahu wakil-wakil Rakyat tersebut sedar apa yang mereka telah tersalah buat dan apa akibatnya.

Bahawa “words have consequences” dan ianya bukan mudah untuk menjaga keharmonian masyarakat berbilang kaum kita.



Supaya tragedi ini tidak berulang dalam negara kita.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker