[VIDEO] Lamaran Kamal Adli buat Uqasha Di Sunting, “Suara sebijik Kamal…” Lawak Giler..🤣😂

Beberapa hari yang lalu, pasangan pelakon iaitu Uqasha Senrose dan Kamal Adli hangat diperkatakan peminat menerusi laman sosial apabila rata-ratanya tumpang gembira melihat kedua-dua selebriti itu bakal berkahwin.

Selepas sekian lama berteka-teki, meskipun terkejut namun nampaknya ramai gembira kerana dapat melihat lamaran Kamal Adli kepada Uqasha Senrose menerusi Anugerah Meletop Era (AME 2020) yang berlangsung Ahad lalu.

Berikutan lamaran Kamal Adli buat pelakon jelita itu, ternyata nama dia dan Uqasha Senrose yang paling menjadi perhatian apabila ramai yang tidak menyangka pelakon dalam drama Perempuan Tanpa Dosa ini melamar kakak kepada Nelydia Senrose itu.

132191507_146126543700735_4408946661828722048_n-tile



Biarpun begitu, video lamaran mereka juga disunting lalu menerusi Instagram, Faradyable membuatkan ramai terhibur dengan suntingan terbabit yang dimuat naik kepada umum.

Rasanya buat pengguna Instagram, pasti pernah melihat hasil suntingan Faradyable yang ada-ada sahaja idea yang membuatkan warganet tertawa dan menerusi video lamaran kedua-dua selebriti itu di Anugerah Meletop Era (AME 2020) pula tak kurang lucunya apabila beberapa dialog perbualan diubah.

 



VIDEO DIBAWAH:-

Tapi apa yang menjadi perhatian juga, suara pengguna Instagram Faradyable itu dikatakan sama seperti Kamal Adli dan dalam pada masa yang sama, video terbabit juga ditonton ribuan kali oleh warganet.

Suara sebijik Kamal Adli

Kamal Adli & Uqasha Senrose Kamal Adli & Uqasha SenroseScreenshot_1045

Tak sekarang ni kau tiru cemana suara Kamal tu? Dari video yang dulu lagi memang sama…

Kamal Adli & Uqasha Senrose Kamal Adli & Uqasha Senrose Screenshot_1044



Kredit: HCL

Kongsi Gambar Mesra Berpelukan, Peminat Doakan Uqasha Senrose & Kamal Adli Lekas Kahwin..



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker