Kongsi Gambar Mesra Berpelukan, Peminat Doakan Uqasha Senrose & Kamal Adli Lekas Kahwin..

Foto mesra pasangan Uqasha Senrose dan Kamal Adli berpelukan telah mendapat perhatian netizen.

Pasangan  yang popular menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa itu masing-masing berkongsi gambar dalam satu sesi fotografi yang sama dalam akaun Instagram masing-masing.

Menerusi foto tersebut, mereka menggayakan aksesori serta jam tangan dari sebuah jenama popular.

Pun begitu masing-masing menulis kapsyen cinta dan dalam masa yang sama menyatakan ia merupakan quotes dari watak mereka dalam Perempuan Tanpa Dosa.


“A women who truly loves you will be angry with you for many things but will never leave you. – Lily,” tulis Uqasha.

Sementara Kamal menyataakan ia quotes dari Rizal.

“A man who truly loves you will never let you go no matter how hard the situation is. – Rizal,” tulisnya.

Menerusi tinjauan Gempak dalam komen-komen yang diberikan oleh pengikut mereka rata-rata netizen peradan benda lain dan mendoakan agar mereka lekas kahwin.

“Tolong lah cepat kahwin,” pinta salah seorang pengikutnya

“Macam gambar pre wedding,” teka salah seorang netizen

“Masa gambar ini lalu, ingatkan dah bertunang,” kata salah seorang netizen

Perempuan Tanpa Dosa arahan Michael Ang kini sedang ditayangkan dalam slot MegaDrama di Astro Ria dan Ria HD setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam.- GEMPAK

Betul ke Kamal Adli dan Uqasha Senrose pergi kursus kahwin?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker