Ini Sebab Mengapa Konsep “Islam Sebagai Rahmat Untuk Semua (Rahmatan Li Al-‘Aalameen)” Amanah Gagal

 

Penolakan usul “kepimpinan individu Islam di semua peringkat (dalam AMANAH)” menyebabkan beberapa rakan saya bertanya apakah AMANAH sebuah parti Islam atau tidak.

Dari segi nama, AMANAH, nama penuhnya “Parti Amanah Negara” dan nama Inggeris-nya “National Integrity Party”, tidak ada istilah “Islam” di dalamnya, tidak seperti PAS.

Begitupun, dua daripada enam “Dasar Dan Tujuan” AMANAH ada istilah “Islam” di dalamnya, iaitu:

1. “Memartabat dan menegakkan Islam sebagai dasar perjuangan”.

2. “Mendirikan sebuah negara dan masyarakat madani dengan Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Li Al-‘Aalameen)”.

Masa sama, mengikut Perlembagaan AMANAH, keahlian AMANAH adalah “terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau jantina”.

Perlembagaan AMANAH juga menyebut tiap-tiap ahli, tanpa mengira bangsa, kepercayaan atau jantina, ada hak “memilih, dipilih dan dilantik untuk sebarang jawatan di dalam parti”.

Dengan konsep “Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Li Al-‘Aalameen)” dan dengan keahlian AMANAHyang “terbuka kepada semua rakyat Malaysia” ini tentulah ada pihak yang menjangkakan AMANAH akan mampu menarik tokoh-tokoh bukan Islam menyertainya dan akan menobatkan tokoh-tokoh bukan Islam sebagai pemimpinnya.

Malangnya, penelitian ke atas pemilihan AMANAH pada Konvensyen Nasional AMANAH di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam pada 6-8 Disember 2019 menunjukkan kedua-dua perkara ini tidak berlaku kerana AMANAH tidak mampu menarik tokoh-tokoh bukan Islam menyertainya dan tidak menobatkan tokoh-tokoh bukan Islam sebagai pemimpinnya.

[VIDEO] Penjelasan Penuh PU Rahmat Terhadap Kritikan dan Sindiran Michael Ang Mengenai Tegurannya Lamaran Secara Terbuka

Daripada 87 calon Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional yang layak bertanding dalam pemilihan AMANAH ini hanya 5 nama individu bukan Islam yang ada, iaitu:

1. Lakshmanan A/L Subramonian

2. Dato’ Suresh Rao Seithana

3. Nali Raja A/L R Sengodan
4. Richard Wong

5. Hu Pang Chaw

Daripada 5 individu bukan Islam yang bertanding dalam pemilihan AMANAH ini, hanya 1 individu sahaja yang agak dikenali kerana beliau pernah menyandang jawatan sebagai Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS satu waktu dahulu, iaitu Hu Pang Chaw.
Tetapi kesiannya Hu Pang Chaw juga kalah, dan selain Hu Pang Chaw semua individu bukan Islam lain yang bertanding “hilang wang deposit” di mana:

1. Lakshmanan A/L Subramonian hanya mendapat 25 undi

2. Dato’ Suresh Rao Seithana hanya mendapat 26 undi

3. Nali Raja A/L R Sengodan hanya mendapat 26 undi

4. Richard Wong hanya mendapat 27 undi

Ini sekali gus menimbulkan pertanyaan: Mengapa konsep “Islam sebagai rahmat untuk semua (Rahmatan Li Al-‘Aalameen)” yang diperjuangkan oleh AMANAH gagal menarik tokoh-tokoh bukan Islam menyertainya dan gagal dipraktikkan dalam pemilihan AMANAH?

Siapa boleh bantu jawab pertanyaan ini?

Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker