Beg ‘Tong Sampah’ Harga RM44,000

PARIS – Tas tangan terbaharu keluaran jenama fesyen mewah dari Perancis, Hermes menerima kritikan orang ramai kerana reka bentuknya yang seperti tong sampah namun berharga £8,000 (RM43,920).

Beg jenama mewah Hermes yang berharga RM43,920. – The Sun UK

Hermes menggambarkan beg diberi nama Chaine d’Ancre sebagai hasil ketekunan kraf tangan dengan jaminan keanggunan dan menggambarkan cita rasa tinggi pemakainya.



Namun begitu, netizen membandingkan tas tangan yang berwarna coklat dan hitam itu sama seperti bakul sampah yang ditempatkan di bawah meja pejabat mereka.

Tas tangan terbaharu Hermes disamakan dengan tong sampah di pejabat. – The Sun UK

“Bahagian terbaik beg ini adalah ia dilengkapi dengan pelapik pilihan seperti tong sampah saya di pejabat,” kata penulis fesyen, Erica Smith dari majalah The Cut.

“Cuma yang berbeza adalah pelapik ini diperbuat daripada sutera jadi mungkin tidak akan mampu menahan kebocoran kopi berlebihan daripada cawan yang dibuang ke dalamnya,” ujarnya.

Platform beli-belah online Amazon menjual tong sampah yang berbentuk serupa dengan tas tangan Hermes ini dengan harga £5.94 (RM32.61) tetapi pelapiknya dijual secara berasingan. – Agensi



Rakyat Malaysia masih gagal urus sampah

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker