Al-Fatihah: Pengantin ViraI Hidap Barah MeninggaI Dunia Selepas Genap 44 Hari Bergelar Isteri.

 

Sekitar pertengahan November lalu, sepasang mempelai telah membuktikan cinta sejati masih wujud.

Walaupun pengantin perempuan diuji setelah menghidap Barah Limforma Tahap 4 dan sekadar terIantar di atas katil sahaja.

Namun ia bukan menjadi satu haIangan buat tunangnya untuk melamar beliau sebagai isteri yang sah.

Malah upacara akad nikah mereka dilakukan secara ringkas di dalam sebuah bilik sahaja disaksikan ahli keluarga terdekat.

Allah Sayang Nina…Bahagia jadi isteri selama 44 hari, pergimu sebagai isteri yang dicintai.

Namun dukacitanya, Siti Fatihah Aireina Binti Hamzah dikhabarkan telah kembali ke RahmatuIIah semalam. Perkara itu dimaklumkan sendiri oleh ibunya, Puan Siti Norbaya menerusi satu perkongsian di laman Facebook.

Walaupun bersedih atas pemergian Allaryarhamah, namun dia redha kerana anak sulungnya sempat bernikah dan menjadi isteri orang walaupun cuma seketika merasai hidup sebagai suami isteri di alam rumahtangga.

Justeru, Puan Siti Norbaya berdoa agar Roh Allahyarham Siti Fatihah Aireina ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Genap 44 hari Tiha jadi menantu yang mama sayangi, damailah di sana… Buat anakanda Aiman, tabah & sabarlah sayang.

Perasaan piIu dan sebak turut dirasai oleh ibu pengantin lelaki iaitu Puan Rohana Jusoh yang turut menjadi saksi akad nikah mereka pada bulan lepas. Meskipun cuma 44 hari bergelar menantu, namun dia sangat menyayangi Allaryarhamah Siti Fatihah Aireina sekali gus menitipkan doa buat Arwah.

 

Dalam pada itu, dia turut berharap agar anaknya iaitu Aiman dapat bertabah menempuhi ujian pemergian isteri tercinta walaupun seketika menjadi suami isteri di alam rumahtangga.

Semoga Roh Allahyarham Siti Fatihah Aireina Hamzah di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan Ahli Syurga, Amin YRA

Sumber: FB Ct Norbaya Shaarani, Rohana Jusoh , Aiman Adam & Hj Zawalajam Mashod, kd

Pak Lah tabah hadapi kanser usus tahap 4

Leave a Reply