Wanita jalani pembedahan kedua selepas forsep tertinggal dalam perut

Seorang wanita 25 tahun yang menjalani pembedahan caesarean terpaksa menjalani pembedahan kedua setelah peralatan pembedahan forsep tertinggal dalam perutnya.

Peguamnya Aloysius Cornelius Susek dan Tisya Yunus berkata wanita itu berasa sakit dan muntah-mutah selepas dibenarkan keluar wad di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Menurut peguam, dia juga memulakan tindakan undang-undang terhadap doktor, pegawai perubatan dan hospital itu di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Julai lalui.

Aloysius memberitahu The Star bahawa pihak hospital bersetuju untuk menyelesaikan kes itu di luar mahkamah pada Disember dan penghakiman persetujuan akan direkodkan pada 6 Januari.



Katanya, kedua-dua ibu dan anak selamat tetapi wanita itu sekarang “sangat trauma”.

Peguam mengakui kesalahan manusia boleh berlaku tetapi ia bukan alasan untuk mengizinkan kecuaian. Mk

Kanak-kanak 4 tahun maut tertinggal dalam kereta hampir 10 jam



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker