Jenazah Bakal Pengantin Allahyarham Naim Hairi Kamaruddin Selamat Dikebumikan

Sayu…

Begitulah suasana yang menggambarkan majlis pengebumian bakal pengantin, Naim Hariri Kamaruddin, 31 yang dilaporkan lemas di Marang, Terengganu sabtu lalu.

Suasana itu terus menyelubungi kawasan Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Gombak dan Allahyarham selamat dikebumikan kira-kira pada jam 10.20 pagi tadi.

FATIN Nabila Huda Ismail, sedih ketika hadir ke Upacara Pengebumian bakal suaminya, Allahyarham Naim Hariri Kamaruddin yang meninggal dunia akibat lemas ketika sedang bermandi di Pantai Alur Tuman, Marang, Terengganu. Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhtaul Sakinah, Gombak, di sini hari ini. UTUSAN/ SHIDDIEQIIN ZON

Saudara-mara, Kenalan dan sahabat handai mula memenuhi kawasan perkuburan dan turut kelihatan tunang Allahyarham, Fatin Nabila Huda Ismail, 27 sugul mengiringi jenazah.

Terdahulu, mayat Naim Hariri ditemui pasukan penyelamat terdampar di tepi pantai Kampung Alur Tuman, Marang jam 8.55 pagi tadi, kira-kira tiga kilometer dari lokasi dia dilaporkan lemas di Pantai Kelulut, dekat Marang.

Jenazah Allahyarham dibawa dari Terengganu kira-kira pada jam 10 malam tadi dan tiba di Kuala Lumpur sekitar jam 4 pagi tadi. Jenazah Naim Hariri telah disembahyangkan di kediaman ahli keluarganya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur  – Utusan Online

Sempat Muatnaik Video di Pantai, Bakal Pengantin Patutnya Nikah Hari Ini Dikhuatiri Lemas

Leave a Reply