Nelayan kerugian RM13,000 ditipu anak perempuan

Seorang nelayan berputih mata apabila kerugian RM13,000 selepas ditipu individu tidak dikenali yang menghubunginya melalui telefon dan mengaku sebagai anak perempuannnya pada Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata nelayan berusia 59 tahun itu mendakwa menerima panggilan telefon terbabit dan suaranya kedengaran seakan-akan anak sulungnya tersebut pada kira-kira 11 pagi.

Ketika itu, katanya, nelayan terbabit mendakwa masih berada di laut.

Menurut Mohd Wazir suspek memberitahu nelayan terbabit kononnya dia menukar nombor telefon dan meminta mangsa memasukkan wang sebanyak RM5,000 untuk membeli barang perniagaan.

“Mangsa meminta tolong rakannya membuat transaksi berkenaan sebelum sekali lagi dihubungi suspek dan meminta wang sebanyak RM8,000 lagi kerana wang permulaan yang diterima tidak mencukupi.

“Nelayan itu telah meminta tolong majikannya melakukan transaksi tersebut. Namun, sejurus pulang ke darat mangsa menghubungi anaknya untuk bertanyakan mengenai permintaan wang tersebut, bagaimanapun anaknya menafikan telah meminta wang daripadanya,” katanya dalam kenyataan di Kuantan hari ini.

Susulan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kuala Rompin semalam.

Menurut Mohd Wazir kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh didenda, jika sabit kesalahan. Bernama

Strategi banteras jenayah scammer

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker