Neelofa Akan Jawab Hari Ini

Teka-teki umum berhubung pergolakan hubungan antara Neelofa dan Harris Ismail atau PU Riz akan terjawab hari ini.

Demikian janji pengurus, Neelofa, Shawn Amer ketika dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.

“Kita sedang sediakan sesuatu. Nanti apa-apa saya akan kongsikan. Sekejap lagi saya akan bertemu dengannya (Neelofa).

“Harap-harap segala persoalan semuanya akan terjawab hari ini. Saya akan kongsi secepatnya kalau boleh hari ini juga,” kata Shawn.

Terdahulu, hubungan Neelofa dan Haris didakwa sedang retak menanti belah apabila adik-beradik selebriti populariti asyik berkongsi status berbaur sindiran dipercayai ditujukan kepada Haris.

Bukan sahaja dikatakan sudah putus tunang, penggunaan minyak pengasih dan sudah bernikah antara topik hangat yang menjadi perbualan netizen dalam media sosial berhubung isu hubungan Neelofa dan Haris yang dikatakan berantakan sejak semalam.

Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 31, juga didakwa netizen telah bernikah di Kelantan berwalikan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd. Noor.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada sebarang kenyataan balas daripada pihak keluarga mahu pun pelakon yang terkenal menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot itu bagi menafikan dakwaan berkenaan. – K! ONLINE

Netizen Dedah Neelofa dan PU Riz Sudah Berkahwin Di Kelantan?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker