Marzuk guna label kafir untuk DAP, Rayer pertahan MP DAP Islam

RSN Rayer (PH-Jelutong) hari ini membela ahli parlimen DAP yang menurutnya menjadi sasaran tidak adil oleh Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) yang melabel parti itu sebagai “kafir”.

Marzuk membuat kenyataan itu semasa perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 dan Rayer membantah penggunaan “kurang sopan” dan “biadab” kerana DAP juga mempunyai ahli Parlimen Melayu-Islam dari Bangi, Bukit Bendera dan Bentong.

“Kalau nak kafirkan kami (ahli parlimen bukan Islam) tak ada masalah. Tapi kenapa katakan DAP kafir walhal ahli parlimen dari Bangi, Bukit Bendera dan Bentong adalah orang beragama Islam,” katanya.



Rayer berkata walaupun ramai ahli parlimen DAP bukan Islam, adalah salah Marzuk untuk melabelkan keseluruhan parti itu sebagai “kafir”.

“Tolong jangan biadab macam ni. Saya minta speaker minta beliau tarik balik kenyataan itu.

“Kenyataan yang dibuat beliau yang DAP itu kafir, kurang sopan dan memanga biadab. Kalau saya tak bangun pertahankan MP Bentong, Bangi dan Bukit Bendera yang sama agama Islam dengan YB Pangkalan Chepa, siapa lagi?” tambah Rayer.

Tiada seorang pun daripada tiga ahli parlimen DAP yang beragama Islam berada di Dewan Rakyat semasa perdebatan di hadapan Timbalan Speaker Ramli Mohd Nor.



Ramli memutuskan agar Marzuk menarik balik kenyataannya.

Sebagai tindak balas, Marzuk berkata dia akan menarik balik kenyataannya jika ia “disalah tafsir”, kerana ia hanya disasarkan kepada ahli Parlimen bukan Islam DAP.

Dia juga menjelaskan bahawa kenyataannya itu berdasarkan kenyataan pada 2016 oleh Mufti Pahang ketika itu Abdul Rahman Osman yang dilaporkan telah melabelkan DAP sebagai “kafir harbi” atau kafir yang cuba memerangi umat Islam dan agama Islam.

Dia berkata PAS pada masa itu membantah istilah “kafir harbi” digunakan terhadap DAP kerana ia membawa implikasi yang berat berhubung interaksi dengan orang bukan Islam yang lain.



Terdahulu, Ramli berkata dia akan membincangkan perkara berasingan yang dibangkitkan terhadap Marzuk oleh Howard Lee (PH-Ipoh Timur) dan menyampaikan keputusan esok.

Ini selepas Marzuk dalam perbahasannya mengulangi dakwaan PN bahawa Lee dalam video tular bulan lalu, yang dilihat menjadi subjek siasatan polis, telah salah tafsir ayat al-Quran yang menyentuh isu kesetiaan kepada pemerintah atau pemimpin.

Sepanjang perbahasan Marzuk, Ramli juga mengeluarkan beberapa amaran terhadap ahli parlimen yang cuba mengingkari arahannya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Korang punca, semua rahsia dalam poket aku” – Ramli MS



PU Abu cerai 2 isterinya

Janna Nick dan Izzue Islam dikritik perlekeh GV10



Sarimah tegur pengacara mana tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker