Sindiket penipuan pelaburan: 2 wanita antara 5 ditahan

KUALA LUMPUR: Dua wanita antara lima individu ditahan dalam dua serbuan kerana disyaki terlibat sindiket penipuan pelaburan di sekitar ibu kota, semalam.

Kesemua individu yang berumur dalam lingkungan 22 hingga 33 tahun ditahan di dua pangsapuri di Persiaran Hampshire dan di Jalan Yap Kwan Seng, di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohamad Zainal Abdullah berkata, tangkapan pertama melibatkan dua lelaki warga China dan seorang wanita tempatan, manakala tangkapan kedua melibatkan seorang lelaki serta seorang wanita warga China.

Beliau berkata, polis turut menemui dan merampas pelbagai barangan antaranya 22 unit telefon bimbit, lapan komputer riba dan dua unit modem pada kedua-dua serbuan di pangsapuri itu.

“Kesemua mereka direman empat hari mula hari ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamad Zainal memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat mengenai sindiket penipuan di daerah Dang Wangi.

Mereka boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di talian 03-2600 2222 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau balai polis berhampiran.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker