Keluarga mangsa ‘Sotong Ride’ mahu ambil tindakan undang-undang

Keluarga mangsa ‘Sotong Ride’ mahu ambil tindakan undang-undang

KUALA SELANGOR: Keluarga dua beradik yang tercampak keluar daripada permainan ‘Sotong Ride’ di Eco Grandeur, Bandar Puncak Alam, semalam akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur pesta ria itu.

Ibu mangsa, Faizah Mat Sam, 52, berkata tindakan itu dilakukan berikutan ada unsur kecuaian sehingga mendatangkan kecederaan kepada Noraziera Zulkiffle, 31 dan Shah Faraz Aiefan, 11.



Beliau berkata, pihaknya juga sudah membuat dua laporan di Balai Polis Jeram dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor selepas kejadian itu.

“Anak bongsu (Shah Faraz) cedera pada mata kiri dan kaki kiri, manakala anak sulung (Noraziera) pula mengalami hentakan di kepala.

“Kami sekeluarga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur taman tema itu kerana melihat ada unsur kecuaian.

“Malah, laporan polis juga dibuat supaya mendapat pembelaan yang sewajarnya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Kenari, Kampung Bukit Kuching, Jeram, di sini, hari ini.



Menceritakan semula mengenai kejadian itu, Faizah berkata terdahulu beliau diajak ke pesta ria berkenaan, namun menolak kerana sakit lutut.

“Noraziera, Shah Faraz pergi bersama dua lagi anak saya dan seorang menantu jam 7 malam dengan menaiki kereta.

“Pada waktu itu saya berasa berat hati untuk melepaskan mereka sehinggalah menerima panggilan telefon memaklumkan kejadian menimpa Noraziera dan Shah Faraz,” katanya.

Beliau berkata, ketika ini kedua-dua anaknya itu dilaporkan stabil dan dijangka dibenarkan keluar daripada Hospital Shah Alam hari ini.



Dalam kejadian malam tadi, tiga individu termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas tercampak keluar ketika menaiki permainan taman tema yang berpusing di Eco Grandeur.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat dilaporkan, berkata sitaan dilakukan terhadap pesta ria itu pada 29 November lalu selepas permit operasi tidak diluluskan.

Katanya, selain beroperasi secara haram tapak pesta ria itu juga tidak mendapat kebenaran MPKS, selain polis dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP).



Susulan itu, MPKS memberi notis kompaun kepada pengusaha tapak pesta ria berkenaan mengikut Seksyen 6 (1) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor 1995. BH

Keluarga mangsa ‘Sotong Ride’ mahu ambil tindakan undang-undang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Content’ melampau! Sebagai mentor Raja Viral, Pak Nil kesal



Muhyiddin geram! Tindakan akan diambil kepada bekas Ahli Parlimen Bersatu Sabah

Bersatu akan tetap ‘mati’ di Sabah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker