TLDM nafi laporan berita bekas Paskal terlibat jenayah

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menafikan laporan berita berhubung ‘Pesara Pasukan Khas Laut (PASKAL) dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh wanita warga emas di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan’ baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan TLDM, pesara tersebut bukan anggota PASKAL dan tajuk yang disensasikan oleh agensi media berkenaan adalah tidak tepat yang boleh menjejaskan imej bekas warga TLDM dan PASKAL.

“Anggota yang dimaksudkan memasuki perkhidmatan TLDM pada Julai 1995 dan pernah mengikuti kursus asas PASKAL tetapi gagal menamatkan kursus tersebut sebelum diberhentikan daripada perkhidmatan TLDM pada April 1997 selepas hanya dua tahun berkhidmat kerana masalah disiplin.

“TLDM meminta agar pembetulan dibuat oleh pihak media berkenaan serta pentadbir akaun media sosial yang menggunakan berita daripada sumber agensi media berkenaan kerana boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat dan mencalar imej TLDM,” jelas kenyataan tersebut di sini hari ini. – K! ONLINE

Bunuh warga emas: Bekas anggota Paskal dihukum gantung

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker