MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Krovanh

Sebaran :

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika Krovanh yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Sabah.

Dalam satu kenyataan, malam ini, MetMalaysia memaklumkan jarak dari bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 513 kilometer (km) ke barat laut Kudat.

“Berdasarkan pencerapan pada jam 8 malam tadi, kedudukan ribut tropika itu berada kira-kira 595km ke tenggara Da Lat, Vietnam, dan bergerak ke arah barat dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j).

“Kelajuan angin ribut tropika itu boleh mencapai kelajuan maksimum hingga 65km/j,” katanya. – BERNAMA




Sebaran :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *