Lagi gangguan Air Selangor, Melibatkan 12 kawasan di Klang dan Shah Alam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam, Selangor, mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kejadian paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Andalas, Klang, hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, berkata bekalan air telah ditutup pada jam 8.30 malam bagi melaksanakan kerja pembaikan paip terbabit.

Kawasan terjejas ialah Taman Sentosa, Jalan Raja Nong, Jalan Bendahara, Jalan Bentara, Jalan Sg Jati, Jalan Temenggong, Jalan Laksamana, Taman Bijaya, Taman Rakyat, Jalan Seri Sarawak, Bandar Puteri dan Bandar Putera 2, Klang.

“Kerja pembaikan dijangka siap pada jam 7 pagi esok, dan pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis serta tekanan air,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 5 petang esok.

 

Agong Mahu Tindakan Tegas, Hukuman Lebih Berat Terhadap Pencemar Sungai

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker