Elya KWSP bantu permohonan i-sinar anda, jangan sampai tergoda

Sebaran :

Elya KWSP tarik perhatian warga net

KUALA LUMPUR – Selain sibuk melayari laman web Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan membuat permohonan i-Sinar hari ini, warga net juga tertarik dengan avatar bernama Elya.

Elya adalah avatar wanita yang merupakan penasihat kewangan dalam talian KWSP.

“Hai, saya Elya, penasihat online KWSP.

“RM10,000 ini dianggarkan akan berganda kepada RM25,6333.04 jika disimpan sehingga umur anda 55 tahun,” katanya.

Ini membuatkan warga net menganggap Elya sama seperti penasihat kewangan sebenar yang memberikan pandangan profesionalnya sebelum seseorang pemohon itu membuat permohonan i-Sinar mereka.

Nasihat itu juga membolehkan para pemohon membuat pertimbangan teliti dan memahami risiko sekiranya membuat pengeluaran simpanan hari tua mereka.

“Kuat psycho Elya ini,” kata pengguna Facebook Khairul Azri.

Manakala pengguna Facebook Zulfitri berkata: “Dua kali dia psycho. Mula-mula masa letak jumlah (pengeluaran) dan kedua, semasa hendak membuat pengesahan. Berhantu betul.”

Permohonan i-Sinar dalam talian telah dibuka hari ini.

Permohonan boleh dibuat menerusi https://isinar.kwsp.gov.my/.

i-Sinar: Langkah berlebihan pada kamu, tetapi pada rakyat mereka perlu – Najib Razak


Sebaran :

Leave a Reply