Cantik dan Manisnya! Lihatlah Foto Menantu Tengku Adnan Persis Model Antarabangsa

Meskipun diadakan dalam norma baharu, namun majlis perkahwinan anak lelaki Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diadakan semalam begitu meriah sehingga ada yang menganggapnya sebagai ‘Wedding Of The Year’ bagi edisi 2020.

Perkahwinan Secara Pandu Lalu

Via BERNAMA

Bukan sahaja kira-kira 10,000 jemputan telah hadir, malah majlis perkahwinan ini juga telah diadakan secara pandu lau yang mana jemputan mengambil juadah makanan yang disediakan di khemah khas selain berpeluang melihat pasangan pengantin Tengku Muhammed Hafiz Tengku Adnan dan Oceane Cyril Alagia melambaikan tangan dari pentas.

Ramai Puji Kecantikan Oceane

Dalam pada itu, rata-rata mengagumi kecantikan yang dimiliki oleh Oceane dan turut memujinya seperti seorang model antarabangsa.

Memetik laporan BERNAMA, Majlis yang bertemakan adat Jawa itu itu telah diadakan di Dataran Putrajaya, Presint 3 dan acara tersebut juga dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan masyarakat Jawa dan artis tempatan yang turut disiarkan di skrin besar di tepi pentas berkenaan.

Difahamkan, suri hati Tengku Muhammad Hafiz itu yang juga pengamal media sosial terkenal mempunyai darah kacukan. Ibu kepada Oceane berasal daripada Jakarta manakala bapanya pula berasal daripada Perancis.-Murai.my

Sumber: Instagram Oceane

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=nv95lqf6bTI[/embedyt]

10,000 hadir majlis kahwin pandu lalu anak Ku Nan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker