POLIS DEDAH HELAH DA’I SYED PERANGKAP MANGSA – DM DI IG, AJAK KELUAR MAKAN


“Suspek mula berkenalan dengan mangsa melalui direct message (DM) dan semua mereka adalah pengikut di Instagram. Suspek akan mengajak mangsa keluar makan atas pelbagai alasan termasuk atas kapasiti sebagai Da’i, rakan Instagram dan perniagaan. Kemudian suspek atas pelbagai alasan membuat helah dan memperdaya serta memerangkap mangsa sebelum bawa balik ke rumah.

“Ketika di rumah berlaku perkara tanpa kerelaan,” demikian dedah Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed yang mengatakan suspek menggunakan modus operandi yang sama iaitu berkenalan melalui Instagram, mengajak mangsa keluar makan sebelum memperdaya mereka ke rumahnya untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

Huzir berkata demikian ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Selasa. Ketika orang ramai mempersoalkan kenapa dengan mudah gadis-gadis yang mendakwa menjadi mangsa perbuatan terkutuk Da’i Syed mengikutnya pulang ke rumah, selebriti rancangan agama itu dipercayai menggunakan medium media sosial untuk memperdayakan mangsa.



Tambah Huzir sehingga kini polis menerima tujuh laporan polis iaitu dua membabitkan Seksyen 376 Kanun Keseksaan (rogol), tiga kes bagi Seksyen 354 Kanun Keseksaan (cabul) dan satu kes di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan (seks luar tabii). Manakala satu kes lagi diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut susulan tiada unsur gangguan seksual.
Klik untuk gambar besar

“Kami percaya mungkin ada lagi laporan, kita bersedia untuk itu dan sudah menubuhkan pasukan khas untuk siasat kes yang melibatkan suspek. Kejadian yang dilaporkan adalah terkini… namun tak kira lama atau baru, sila tampil dan buat laporan polis, kita akan siasat,” katanya.

Sementara itu di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Da’i Syed atau Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful Syed Jamalullail, 25, ditahan semula pada pagi Selasa selepas tempoh reman pertama berakhir pada 1 Disember. Suspek ditahan reman selama lima hari lagi sehingga 6 Disember bagi membantu siasatan.



Menurut peguam Ahmad Amzar Ahmad Azlan, suspek tetap dengan pendiriannya menafikan semua dakwaan terhadapnya dan sedia memberi kerjasama kepada pihak polis bagi membersihkan namanya.

Sumber : http://www.myartis.com/2020/12/polis-dedah-helah-dai-syed-perangkap.html

“Dia Gemar Mengusik Tapi Tak Sampai Aniyai Wanita” – Usahawan Kosmetik JOY REVFA Kena Tempias Isu DA’I Syed



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker