[VIDEO] “Adik Wani Chomel, Kuatkan Semangat… Jangan Baca Kecaman Nerakazers!” – Diva AA Azwan Ali

Selebriti serba boleh, Azwan Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA telah bertemu dengan gadis yang mempunyai masalah obesiti iaitu Wani Comel, baru-baru ini. Azwan Ali atau lebih mesra dengan panggilan Diva Aa tampil memuat naik sebuah video dan berkongsi swa-foto di laman Instagramnya.

Menerusi hantaran tersebut, jelas kedengaran Azwan Ali sempat menitipkan kata semangat kepada Wani selepas dia menerima kritikan dan komen negatif daripada netizen. Bukan itu sahaja, Azwan Ali turut menyifatkan Wani sebagai seorang wanita yang kuat semangat dan cekal mengharungi ujian kehidupan.

“ADIK WANI COMEL, PEMALU, PENDIAM, KUAT SENYUM, SEMANGAT NYA CUKUP KUAT, DGN WAJAH SYURGA, YG TERANIAYA ! OHHH TUHANNNNN …… WALAUPON SESEKALI ADIK WANI COMEL KUAT TERMENUNG !



“YG PTG ADIK WANI COMEL, FANATIK DIVA AA ! #TqqqALLAH. TEMUKAN DIVA AA VS ADIK WANI COMEL ! APA IG ADIK WANI COMEL ? #BESTcomments, TAG HER DAPAT RM200, TC APPLIES.

“DIVA AA SEMPAT TITIP NASIHAT. TO ADIK WANI COMEL, KUAT KAN SEMANGAT ! FIRM ON, ALL EVIDENCE TAU ! BE STRONG ! JGN BACA KECAMAN NERAKAZENS ! INSHA ALLAH, BERJAYA DUNIA AKHIRAT SAYANGGGG,” tulis Azwan Ali.

Terdahulu, Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira Ibrahim, 23, telah menjadi perhatian netizen selepas berlaku beberapa konflik permasalahan bersama usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri.



https://www.instagram.com/tv/CI5FQnMnnOj/?utm_source=ig_embed

Sebelum ini, Wani telah memberitahu Diva AA bahawa dia merupakan peminat pengacara sensasi tersebut. Wani juga berharap suatu hari nanti dia dapat berjumpa dengan Diva AA. Namun, siapa sangka Diva AA sanggup meluangkan masa bertemu dengannya baru-baru ini.

Lemah lembut Diva AA cakap



Rata-rata netizen memberi komen positif terhadap Diva AA kerana memberi sokongan positif kepada Wani. Mereka juga mendoakan agar urusan Wani dipermudahkan kelak.



Kita lihat siapa yang kena saman – Aliff Syukri

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker