Jangan tinggalkan kawan lama, kata Mat Sabu

Parti Amanah Negara (PAN) akan terus memperjuangkan soal pakatan dengan parti-parti lain supaya dapat membentuk gabungan yang lebih kuat dan kukuh pada masa akan datang.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, PAN perlu mempunyai lebih ramai kawan dan dalam masa mengurangkan jumlah lawan mereka.

“Kita Amanah akan terus memperjuangkan soal pakatan.

“Kita mesti ramaikan kawan, kurangkan musuh.



“Kawan yang kita mahu adalah kawan yang mempunyai prinsip-prinsip keadilan untuk semua, ada integriti dan keupayaan untuk membentuk kerajaan yang lebih baik jika berpeluang menguasai kerajaan semula.

“Kita perlu meramaikan kawan dan mengurangkan lawan supaya mendapat sokongan majoriti.

“Jangan tinggalkan kawan lama, kawan baharu pula mesti ditambah supaya menjadi lebih kuat dan berprinsip pada masa akan datang,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada Konvensyen Amanah Wilayah Persekutuan yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook hari ini.

Tambahnya, PAN juga tidak boleh memandang ringan peranan badan-badan bukan kerajaan (NGO) pada pilihan raya.



Menurut Mohamad, kejayaan PAN memenangi pilihan raya ke-14 bersama rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan dan seterusnya membentuk kerajaan Persekutuan adalah hasil daripada peranan yang dimainkan oleh NGO-NGO yang menyokong mereka.

Dalam pada itu, bekas Menteri Pertahanan itu juga mengakui sukar untuk mendapatkan undi pada pilihan raya akan datang kerana rakyat sudah muak dengan situasi politik semasa.

Katanya, PAN berhasrat untuk mengembalikan demokrasi dan sedia menerima kekalahan semasa pilihan raya.

Namun begitu, parti berkenaan tidak boleh menerima peralihan kerajaan dibuat melalui “pintu belakang” atau disebabkan ada ahli-ahli Parlimen yang menukar sokongan kepada gabungan parti lain.



“Kita hendak mengembalikan demokrasi.

“Kita menang semasa PRU-14 tetapi kita kalah semasa pilihan raya-pilihan raya kecil selepas itu.

“Kita menerima kekalahan tersebut tetapi apa yang kita tidak boleh terima adalah pengkhianatan.

“Sekarang bukan senang hendak berkempen kerana ada rakyat yang sudah tidak mahu keluar mengundi.



“Mereka kata, buat apa keluar mengundi kerana bukan parti yang menang PRU akan memerintah tetapi parti yang kalah pula memerintah,” katanya. MG

Shafie kawan baik saya – Muhyiddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker