Tindakan Zafrul teruskan khidmat feri kerana syarat saya, dakwa Guan Eng

Tindakan Zafrul selamatkan perkhidmatan feri dukung syarat saya, kata Guan Eng

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng berkata kenyataan penggantinya di Parlimen baru-baru ini mengesahkan beliau menetapkan syarat kepada Penang Ports Sdn Bhd (PPSB) supaya perkhidmatan feri Pulau Pinang diteruskan melalui tukaran bayaran tunai RM30 juta yang diperuntukkan pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Pada Khamis, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz beritahu Dewan Rakyat RM30 juta yang diperuntukkan untuk PPSB untuk mengekalkan perkhidmatan feri akan dibayar dalam dua ansuran tahun depan.

“Kerajaan akan memastikan Penang Port meneruskan perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang,” katanya.

Dalam kenyataan, Lim berkata perkhidmatan feri berusia 126 tahun itu “diselamatkan” kerana Tengku Zafrul memenuhi syarat secara bertulis semasa pentadbiran PH.

Katanya, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong memilih untuk melakukan yang sebaliknya.

Lim juga menuduh Wee berbohong dengan mengatakan beliau (Lim) membuat keputusan untuk menamatkan dan menggantikan perkhidmatan feri dengan kapal katamaran, sambil menambah, bekas menteri pengangkutan Anthony Loke juga nafi membuat keputusan seperti itu.

“Bolehkah Wee menunjukkan bukti bila dan di mana kami berdua telah memutuskan untuk menghentikan perkhidmatan feri Pulau Pinang? Ini jelas adalah palsu.

“Anthony Loke dan saya sendiri berulang kali mengatakan bahawa kami tidak menentang untuk menambah kapal katamaran dengan syarat perkhidmatan feri yang ada dikekalkan.

“Kami menyedari kos dan kesukaran untuk mencari pengganti yang sesuai dan itulah sebabnya kami menegaskan bahawa beberapa feri yang sedia ada dibenarkan untuk beroperasi. Dengan kata lain, kapal katamaran akan beroperasi selari dengan perkhidmatan feri yang ada,” katanya.

Beliau berkata “rakyat Pulau Pinang telah ‘dikhianati’ oleh politik kotor pemimpin MCA di Kementerian Pengangkutan dan Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (PPC) dalam menamatkan perkhidmatan feri Pulau Pinang secara unilateral.”

Kerajaan Pulau Pinang meminta Tengku Zafrul menjelaskan maksud beliau ketika memberitahu Dewan Rakyat perkhidmatan feri ikonik Pulau Pinang akan diteruskan, dengan peruntukan RM30 juta dari kementerian itu.

Ini kerana pengusaha pelabuhan dilaporkan akan meneruskan rancangan mereka untuk menghentikan semua kecuali satu feri lama pada akhir bulan ini. PPSB berkata pengangkutan air baharu akan beroperasi dalam 18 bulan.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata terdapat perbezaan ketara antara apa yang disampaikan PPSB dan Tengku Zafrul dan ia perlu dijelaskan.

Pada Selasa, PPC dan PPSB mengumumkan mereka akan membelanjakan RM64 juta untuk membeli lima kapal baharu, dua daripadanya akan membawa motosikal dan basikal.

Menurut pengawal selia pelabuhan persekutuan, PPC, jumlah itu akan menampung kos menaik taraf terminal di pulau dan tanah besar.

Salah satu daripada dua feri lama yang tinggal akan digunakan untuk membawa motosikal sahaja sehingga kapal baru tiba pada 2022. Selepas itu, PPC berkata, kedua kapal lama akan ditukar menjadi muzium atau restoran terapung.
FMT

Kerajaan jamin khidmat feri Pulau Pinang diteruskan

Related Articles

One Comment

  1. Yeah let’s talk about ferry services while the country goes down the tubes. Bunch of numbnuts the lot of them.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker