Kerajaan jamin khidmat feri Pulau Pinang diteruskan

Kerajaan berkata Penang Port Sdn Bhd (PPSB) akan ‘disyaratkan’ untuk meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang yang sudah menjadi ikonik dan warisan di negeri itu buat masa ini.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan sebelum ini meluluskan peruntukan RM30 juta untuk PPSB mengendalikan perkidmatan feri itu.

“Saya ingin sahkan peruntukan yang diluluskan sebelum ini akan dibayar dalam dua ansuran tahunan.

“Peruntukannya RM15 juta tahun 2021 termasuk dalam peruntukannya diluluskan dalam Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 atau Belanjawan 2021. Baki RM15 juta akan disediakan,” katanya di Dewan Rakyat, menjawab Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang meminta kerajaan meneruskan perkhidmatan feri Pulau Pinang.



“Kenangan manis bila naik feri. Ini kerana pengalaman itu tidak boleh dilupakan. Kekal warisan dan sejarah ini sebab ia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Pada 7 Dis lalu, Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong semasa pergulungan bajet kementerian berkata, perkhidmatan feri Pulau Pinang bagi kenderaan beroda empat akan dihentikan bermula 1 Januari 2021.

Kenal pasti masalah perkhidmatan feri sebelum beli katamaran – CAP



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker