RUU suruhanjaya tatakelakuan polis tangguh ke sidang akan datang

KUALA LUMPUR: Bacaan kali kedua dan ketiga bagi lima Rang Undang-undang (RUU) dalam senarai aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan dan akan dibawa ke persidangan akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Takiyuddin Hassan berkata, RUU tersebut adalah Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2020; Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020; dan Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2020; Rang Undang-Undang Lembaga Angkasa Malaysia 2020; dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2020 turut ditangguhkan berdasarkan Peraturan Mesyuarat 62.

Sementara itu Takiyuddin berkata, mesyuarat hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan lima RUU lain, termasuk Langkah-Langkah Sementara bagi Pembiayaan Kerajaan (Penyakit Koronavirus 2019 (Covid-19)) (Pindaan) 2020.

“Tanpa mengambil kira usul Peraturan Mesyuarat 12 (1) terdahulu, iaitu Selasa lalu dan mengikut Peraturan 12 (1), saya mohon mencadangkan mesyuarat hari ini tidak akan ditangguhkan sehingga selesai dibahas dan diputuskan Rang Undang-Undang Cukai Jualan (Pindaan) 2020; Cukai Perkhidmatan (Pindaan) 2020; Cukai Pelancongan (Pindaan) 2020 serta Rang Undang-Undang Koperasi (Pindaan) 2020.

“….serta usul Menteri Kewangan di nombor 11 hingga 14 seperti tertera dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini dan selepas itu, majlis mesyuarat akan ditangguhkan sehingga ke suatu tarikh yang akan ditetapkan,” katanya.

Usul itu disokong Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker