5 makanan lemahkan lelaki

LELAKI yang berdepan masalah lemah tenaga batin sering dikaitkan dengan tabiat kerap onani.

Sedangkan ada faktor lain yang menyumbang kepada masalah ini, tetapi tidak diketahui ramai lelaki

Tanpa sedar, mereka berterusan melakukan perkara yang boleh menyumbang kepada masalah itu sehingga menjadi lebih serius.



Pakar Hormon dan Antipenuaan The KL Sky Clinic, Dr Shashi Kumar berkata, masalah ini berpunca daripada lima jenis makanan yang boleh melemahkan tenaga batin dalam kalangan lelaki.

Menurutnya, makanan itu mengandungi bahan mengurangkan penghasilan hormon testosteron yang begitu penting untuk menyerlahkan ciri-ciri kejantanan seorang lelaki.

“Berdasarkan hasil ujian darah untuk saringan awal hormon testosteron terhadap pesakit yang datang ke klinik ini, ia menunjukkan 60 hingga 70 peratus lelaki berusia 28 hingga 40 tahun mempunyai hormon yang rendah.

“Ini menyebabkan mereka menghadapi masalah tenaga batin. Agak mengejutkan kerana pada usia itu (28 hingga 40 tahun), sepatutnya paras hormon testosteron adalah tinggi,



” katanya.

Beliau berkata, lima jenis makanan itu kerap dimakan lelaki seperti buah-buahan, ayam, soya, gula tambahan dan gula terproses daripada jagung (HFCS).

“Di Malaysia, terdapat banyak buah-buahan manis yang tinggi kandungan gula sukrosa dan fruktosa seperti betik, mangga, tembikai, nenas dan sebagainya.

“Saya bukan hendak mengatakan makan buah-buahan tidak bagus, tetapi sebaik-baiknya kurangkan pengambilan iaitu dua kali seminggu,” katanya.



Dr Shashi berkata, buah-buahan tempatan ini rasanya manis dan sekiranya diamalkan makan setiap hari, ia boleh memberi kesan kepada penurunan hormon testosteron.

“Sebenarnya khasiat buah-buahan ini boleh diperoleh daripada sayur-sayuran dan saya sangat menggalakkan untuk mengamalkannya.

 

AYAM disuntik hormon tumbesaran dan estrogen boleh mengurangkan penghasilan hormon testosteron.
AYAM disuntik hormon tumbesaran dan estrogen boleh mengurangkan penghasilan hormon testosteron.

 



“Sayur-sayuran boleh dianggap sebagai makanan unggul (superfood) kerana kandungan nutrien tinggi yang sangat diperlukan tubuh selain bebas gula.

“Ada kajian mendedahkan, buah-buahan ini boleh merendahkan hormon testosteron,” katanya.

Katanya, umum mengetahui ayam adalah makanan kegemaran rakyat Malaysia, tetapi di sebalik keenakannya, ia boleh memberi kesan terhadap kesihatan terutama lelaki.

“Ini kerana kebanyakan ayam dalam pasaran adalah ayam ternakan yang disuntik dengan hormon tumbesaran dan estrogen bagi mempercepatkan pembesaran.



“Malah haiwan ini juga lebih gemuk selain dagingnya mempunyai banyak lemak berwarna putih yang tidak bagus untuk kesihatan.

 

GULA diproses daripada jagung (HFCS) terkandung dalam banyak makanan.
GULA diproses daripada jagung (HFCS) terkandung dalam banyak makanan.

 

“Tempoh pembesaran ayam begitu singkat iaitu 28 hari bermula daripada peringkat telur hingga dijual di pasaran.



“Sedangkan tempoh pembesaran ayam secara semula jadi ialah 100 hari, tanpa sebarang suntikan hormon,” katanya.

Menurutnya, ramai pesakit di klinik berkenaan mengatakan ayam menjadi hidangan mereka setiap hari kerana mudah didapati di kebanyakan kedai makanan.

“Mereka beranggapan ayam adalah sumber protein yang mudah diperoleh di samping harganya lebih murah berbanding ikan.

“Hakikatnya suntikan hormon itu boleh memberi kesan terhadap kesihatan iaitu menurunkan hormon testosteron, tetapi meningkatkan hormon estrogen (hormon wanita) dalam kalangan lelaki.

“Sepatutnya paras hormon ini (estrogen) rendah pada lelaki,” katanya.

Jelasnya, ketiga adalah soya yang banyak digunakan dalam penghasilan makanan berasaskan kacang itu seperti kicap dan ‘tau fu fa’.

“Walaupun makanan ini tidak menjejaskan penghasilan hormon testosteron, ia boleh menjadikan paras hormon estrogen pada lelaki sangat tinggi.

 

PELBAGAIKAN jenis dan warna sayuran dalam hidangan harian.
PELBAGAIKAN jenis dan warna sayuran dalam hidangan harian.

 

“Ketidakseimbangan hormon ini boleh memberi kesan kepada fungsi organ lelaki menjadikan mereka lemah tenaga batin.

“Selain itu, soya mengandungi asid lemak Omega 6. Jika jumlahnya terlalu banyak dalam tubuh, ia akan mengubah cara sel bertindak balas dan memberi kesan berbahaya kepada sel di jantung dan saluran darah,” katanya.

Dr Shashi berkata, makanan keempat ialah pengambilan gula tambahan dalam hidangan terutama ketika sarapan.

Ini kerana ramai gemar mengambil sarapan bersama minuman bergula seperti teh tarik.

“Makanan dan minuman bergula ini, selain menurunkan hormon testosteron atau meningkatkan hormon estrogen, ia juga boleh meningkatkan jumlah lemak tersimpan dalam badan, salur darah yang akhirnya menyebabkan paras kolesteral tinggi.

“Lipoprotein berketumpatan sangat rendah (VLDL) juga dikenali sebagai ‘triglycerides’, kebanyakannya berpunca daripada gula. Bagi mereka yang sudah melakukan ujian saringan darah dan kolesterol, boleh melihat profil lipid untuk mengetahui jenis dan jumlah kolesterol yang terkandung dalam darah.

“Rata-rata lelaki mempunyai masalah kelamin ini mempunyai paras kolesterol lipoprotein ketumpatan tinggi (HDL) atau kolesterol baik yang rendah,” katanya.

Beliau menasihati masyarakat supaya mengubah corak pemakanan yang lebih sihat dan digalakkan mengambil sarapan bersama air kosong.

Terakhir, katanya, ialah pengambilan makanan mengandungi HFCS yang kebanyakannya terdapat dalam minuman tin dan jus buah-buahan terproses.

“Gula ini diperoleh daripada bertih jagung dan diproses. Banyak makanan terproses seperti biskut, kek, roti serta krim mempunyai kandungan tinggi bahan itu.

“Pengusaha industri makanan memilih menggunakan bahan ini untuk menjimatkan kos pengeluaran.

“Mereka hanya perlu menggunakan 20 gram (g) HFCS untuk mendapatkan kemanisan yang sama daripada penggunaan 100g gula biasa,” katanya.

Katanya, HFCS sangat manis dan boleh menyebabkan ketagihan.

Ia juga ‘musuh utama’ lelaki kerana menurunkan hormon testosteron.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker