Pendaftar Pertubuhan [ROS]: Luluskan ‘MUDA’ atau Bersedia Diherat Ke Mahkamah – Syed Saddiq

 

Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan anggota parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul mempertimbang cadangan untuk mengheret Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ke mahkamah.

Menurut Amir Abd Hadi, salah seorang pengasas Muda, ROS melanggar hak Muda untuk berpersatuan kerana masih belum meluluskan permohonan pendaftaran mereka yang dibuat tiga bulan lalu.



Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan menyatakan semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

Bagaimanapun, dia berkata perancangan ini akan dijalankan sekiranya kempen media sosial #BilaNakLulus tidak berjaya.

“Buat masa sekarang kita akan berkempen di media sosial selama seminggu.

“Kita akan ada perkara lain yang kita akan ambil seperti pilihan petisyen dan serahan surat peguam kepada ROS,” kata aktivis kumpulan anak muda itu.



Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Amir berkata tindakan lanjut mereka akan diumumkan dalam masa terdekat.

Muda melancarkan kempen #BilaNakLulus di media sosial semalam untuk menggesa kerajaan dan ROS untuk mempercepatkan kelulusan pendaftaran parti.

Najib bawa suara hati rakyat, Ahli-Ahli Parlimen perlu sokong, kata Pemuda Ikatan



‘Melampau’

Menurut Mutalib Uthman, penyalaras kempen #BilaNakLulus, dalam maklum balas terakhir pada 26 November, ROS mengatakan permohonan Muda sedang diteliti.

“Kita tak akan berdiam diri seperti sebelum ini. Setelah tiga bulan memang melampau,” kata Mutalib Uthman ketika dihubungi Malaysiakini.

Mereka juga menegaskan Muda tidak dapat bergerak sebagai parti politik rasmi sementara menunggu pendaftaran mereka diterima.



“Pada masa sekarang kita tak dapat nak daftarkan ahli secara rasmi. Kita perlukan kelulusan untuk rasmikan keahlian penyokong kita.

“Tanpa pendaftaran ROS, kita tak boleh nak ada akaun bank. Duit memang bukan faktor utama tapi itu faktor penting untuk kita bergerak di seluruh negara.

“Melalui kempen ini, kami nak pastikan kerajaan mendengar permintaan kita,” kata bekas penerbit buku indie dan ketua pegawai eksekutif (CEO) baru Perbadanan Kota Buku (PKB).



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker