Mesyuarat Majlis Presiden PH Batal, Anwar ‘Berang’ Dengan Kenyataan Mat Sabu dan Guan Eng

 

Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dijadual berlangsung di bangunan parlimen petang ini dibatalkan dan belum ada tarikh baru ditetapkan.

Mesyuarat itu sepatutnya diadakan selepas pembangkang gagal menyekat Belanjawan 2021 pada bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat semalam.

Pembatalan itu juga berlaku tidak lama selepas Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan bersama mengenai langkah ke depan pembangkang pagi tadi.

Dalam kenyataan itu Mohamad dan Lim mengingatkan agar PH tidak berharap kepada ahli parlimen dalam kerajaan untuk mengembalikan mandat yang mereka perolehi.

Sebaliknya PH wajar mencari persamaan dalam kalangan parti pembangkang untuk membentuk kerjasama lebih luas bagi menghadapi Perikatan Nasional (PN).

Dalam laporan yang ditulis malaysiakini beberapa sumber dalaman PH memberitahu kenyataan dibuat Mohamad dan Lim itu menimbulkan rasa tidak senang sesetengah pihak dan mendorong mesyuarat itu ditangguhkan.

Sebelum ini Presiden PKR merangkap Pengerusi PH mengumumkan dia memiliki sokongan mencukupi dan kukuh untuk membentuk kerajaan baru menggantikan PN.

 

Susah nak terima tokoh luar

Tanpa mendedahkan siapa yang memberikan sokongan itu pengumuman Anwar tersebut membayangkan dia menerima dukungan daripada ahli parlimen Umno.

Dua pemimpin Umno yang sedang dibicarakan, Najib Razak dan Ahmad Zahid Hamidi, disebut-sebut sebagai antara ahli parlimen yang mendukung Anwar.

Namun pemimpin PH menegaskan beberapa kali gabungan itu tidak dapat menerima sokongan daripada ahli parlimen yang terpalit dengan skandal atau sedang dibicarakan.

Seorang ahli parlimen PKR memberitahu tidak ada masalah untuk mereka berundur daripada jawatannya sebagai ketua pembangkang jika parti lain berasa ahli parlimen Port Dickson itu gagal dalam tempoh beberapa bulan lalu.

 

Bagaimanapun kata sumber itu langkah yang diambil Anwar sebelum ini direstui PH, justeru naratif dan arah tuju masa depan PH wajar dibincangkan secara dalaman terlebih dulu sesuai dengan semangat kebersamaan yang ada.

Ahli parlimen PKR itu juga menolak kemungkinan melantikn Presiden Warisan, Mohd Shafie Apdal, sebagai ketua pembangkang baru.

“Kalau mereka mencalonkan pemimpin dalam kalangan PH iaitu PKR, DAP dan Amanah, kami tak ada masalah untuk membincangkannya dan meneroka idea tersebut.

“Tapi menamakan seseorang di luar gabungan – terutama pemimpin dari parti yang lebih kecil – sangat susah untuk kami terima,” katanya.

Sementara itu seorang ahli parlimen DAP berkata kenyataan bersama Mohamad dan Lim pagi tadi sekdar menggesa PH memperbetulkan langkah ke depan sebagai gabungan pembangkang yang lebih besar.

Katanya fokus utama mesyuarat hari ini bukan menuntut agar ketua pembangkang baru dilantik tetapi meminta Anwar dan PKR memberikan lebih banyak usaha dalam kalangan sekutu yang sama pihak berbanding penyokong kerajaan.

“Kami juga faham dalam keadaan sekarang ia memerlukan pertanggungjawaban bersama dan kita tidak boleh salahkan Anwar saja.

“Kami cuma mahu memperbetulkan keadaan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker