90 hari daftar tak lulus, Syed Saddiq mula tekan ROS



Sebaran :

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan anggota parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul hari ini memulakan kempen menekan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk meluluskan pendaftarannnya.

Buat masa ini, parti baru itu menggunakan media sosial dengan menuntut penjelasan ROS mengenai status pendaftaran mereka, setelah permohonan dihantar genap 90 lalu.

Parti itu dan penyokongnya hari ini berkongsi poster bertulis: “Helo ROS, bila nak lulus?”



Seorang penyokongnya berhujah membandingkan pendaftaran Muda dengan Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu yang diluluskan dalam masa singkat.

Lim Wei Jiet, seorang pengamal undang-undang, menulis:

“Perikatan Nasional: lulus dalam 3 hari (kebetulan sempat untuk pilihan raya Sabah).



“Bersatu: lulus dalam 30 hari (sungguhpun Najib-BN memerintah!)

“Muda: belum lulus walaupun sudah 90 hari.

“Nampak sangat berat sebelah. Takkan demokrasi di bawah PN lagi teruk dari BN?”



Malaysiakini sedang cuba mendapatkan butiran lanjut kempen Muda dan reaksi ROS berkaitan status pendaftaran parti itu. Mk

Muhyiddin sambil berdoa tekan orang, kata Mahathir.


Sebaran :


Leave a Reply