Menyamar pegawai SPRM minta RM60,000

KUALA LUMPUR : Empat individu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta wang rasuah sebanyak RM60 ribu bagi menyelesaikan kes siasatan agensi itu.

Mereka yang ditahan masing-masing terdiri seorang pemilik dan pengarah serta dua orang awam berusia 39 hingga 54 tahun dalam satu perangkap di sebuah hotel di Putrajaya kira-kira pukul 4.30 petang semalam.

Bagaimanapun, seorang daripada yang ditahan telah diberkas di rumahnya di Melaka kira-kira pukul 8.30 malam semalam.



Menurut sumber, perancang utama yang dikenali sebagai ‘Datuk Roy’ yang mengaku sebagai Pengarah SPRM turut ditahan bersama-sama dua yang lain di hotel berkenaan.

Kata sumber, keempat-empat lelaki yang menyamar sebagai pegawai kanan SPRM dan Timbalan Pendakwa Raya telah meminta wang rasuah kononnya bagi menukarkan pertuduhan ke atas pengadu kepada seksyen kesalahan yang lebih ringan dan membuka semula akaun pengadu yang dikatakan dibekukan oleh agensi itu.

“Hasil risikan yang dijalankan mendapati ahli kumpulan ini sanggup masuk ke kawasan Ibu Pejabat SPRM untuk mengambil gambar bagi menyakinkan pengadu bahawa mereka ialah pegawai SPRM.

Scam terbaru, menyamar sebagai pegawai KKM



“Lebih mengejutkan, kesemua pergerakan mereka dirakam kamera litar tertutup (CCTV) Ibu Pejabat SPRM,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, ujar sumber, SPRM juga sedang mengesan seorang wanita yang merupakan ahli kumpulan ini bagi membantu siasatan.

“Identiti beliau telah dikenal pasti dan gerakan mengesannya sedang giat dijalankan,” jelasnya.



Sementara itu, Pengarah Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat dibawah seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Sehubungan itu, SPRM ingin mengesa semua pihak untuk berhati-hati dengan individu tertentu yang menyamar sebagai pegawai SPRM bagi meminta wang rasuah untuk menyelesaikan kes.

“Kegiatan menyamar sebagai pegawai SPRM ini dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini memandangkan tindakan tegas SPRM menerusi pelbagai operasi yang dijalankan dalam tahun ini.

“Justeru itu, akan ada individu yang mengambil kesempatan menyamar dan meminta wang daripada orang ramai. Ini merupakan satu bentuk scam yang sedang berlaku,” jelasnya.



Tambah Azmi, keempat-empat suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi ini untuk permohonan reman di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

“Majistret Shah Wira Abdul Rahim membenarkan tempoh reman selama 6 hari bermula hari ini hingga 22 Disember ini,” katanya.-

Lelaki diberkas menyamar anggota polis dan mengamuk



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker