MP gesa rujuk Prabakaran ke jawatankuasa Parlimen kerana langgar perintah kuarantin

 

KUALA LUMPUR: Beberapa Ahli Parlimen kerajaan menggesa P Prabakaran (PH-Batu) dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa melanggar arahan kuarantin dengan menghadiri sidang Dewan Rakyat pada Khamis.

Shahidan Kassim (BN-Arau) berkata, tindakan Prabakaran melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (HSO) membahayakan Ahli Parlimen lain yang turut berada dalam Dewan Rakyat.

Gesaan itu turut disokong beberapa Ahli Parlimen kerajaan, termasuk Noh Omar (BN-Tanjung Karang).

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun berkata, beliau perlu meneliti perkara itu sebelum membuat keputusan.

Katanya, beliau tidak tahu jika Prabakaran melanggar perintah kuarantin minggu lalu dan menasihatkan Ahli Parlimen terbabit membuat laporan kepada pihak berkuasa.

“Pada Khamis itu, saya tak sedar terjadi. Selepas semak senarai undi kita, Yang Berhormat (Prabakaran) telah undi.

“Seperti mana saya katakan, kuasa untuk menghukum atau kompaun sesiapa yang langgar perintah Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan mengenai Covid-19 bukan bawah kuasa saya.

“Sesiapa nak bawa perkara ini saya nasihatkan buat laporan kepada pihak berkuasa,” katanya.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker