Pindah milik hartanah ibu bapa kepada anak, tiada pengecualian duti setem

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang memberikan pengecualian duti setem untuk pindah milik hartanah daripada ibu bapa kepada anak ketika ini, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau menjelaskan berdasarkan ketetapan sedia ada, pengecualian duti setem 100% hanya diberikan atas pindah milik antara suami dan isteri sahaja.

“Kerajaan telah mengumumkan peremitan duti setem sebanyak 50% diberikan ke atas surat cara pindah milik bagi urusan pindah milik harta tanah atas dasar kasih sayang antara ibu bapa kepada anak atau sebaliknya.

“Hasrat peremitan duti ini diberikan bagi menggalakkan urusan pindah milik harta antara ibu bapa dan anak dilakukan semasa hidup, dan mengelakkan berlakunya permasalahan tuntutan harta setelah berlaku kematian antara salah satu pihak yang berkenaan,” katanya pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Putrajaya kaji kaedah pindah penjawat awam ke syarikat swasta

Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan Nizar Zakaria (BN-Parit) mengenai pengecualian duti setem pindah milik hartanah daripada ibu bapa kepada anak, serta kaedah lain bagi mengelakkan permasalahan bagi pindah milik hartanah.

Tengku Zafrul berkata peremitan duti setem itu juga bertujuan untuk mengurangkan kes tuntutan harta pusaka di mahkamah pada masa akan datang.

Jelasnya peremitan duti setem ini terpakai bagi surat cara pindah milik harta tak alih disempurnakan, pada atau selepas 1 Jan tahun ini, dan terhad bagi penerima harta tanah yang bertaraf warganegara sahaja.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker