Putrajaya kaji kaedah pindah penjawat awam ke syarikat swasta

Perdana menteri berkata, ia bertujuan mengurangkan jumlah penjawat awam yang terlalu ramai. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang mengkaji kaedah sesuai mengurangkan jumlah penjawat awam yang terlalu ramai dengan memindahkan mereka ke sektor swasta.

Perdana menteri berkata, kerajaan menyediakan pilihan kepada penjawat awam berpindah ke syarikat swasta.

“Kita sedang meneliti untuk tentukan apabila kehilangan jawatan dalam kerajaan, apakah mereka dapat pindah kepada pihak lain di swasta,” kata di lobi Parlimen hari ini.

“Ada beberapa jabatan dalam kerajaan seperti mana kita lakukan kepada Telekom dulu. Kita pindah, jadikan Telekom swasta dan kita pindahkan pekerja-pekerja, ini pilihan mereka.”



Pada 21 Februari lalu, Mahathir dilaporkan berkata, penjawat awam di negara ini terlalu ramai dan ia perlu dikurangkan dengan diganti penggunaan teknologi maklumat serta komputer.

Katanya, 1.7 juta penjawat awam ketika ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung perbelanjaan besar.

FMT



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker