Scam terbaru, menyamar sebagai pegawai KKM

MENYAMAR PEGAWAI KKM !!

Hati-hati !

Admin diberitahu bahawa kes yang menyamar sebagai pegawai KKM melalui telefon.

MO yang digunakan sindiket / penjenayah adalah seperti berikut :-

1. Menghubungi mangsa dan menyamar sebagai pegawai KKM

2. Memaklumkan bahawa mangsa terdedah dengan individu yang positif COVID19.

” Hello, berdasarkan sistem kami, Tuan/Puan telah terdedah kepada seseorang yang positif COVID19. Tuan sekeluarga perlu kuarantin di rumah dan menjalani ujian COVID19 dalam masa 72 jam dari sekarang. Kami akan hantar 1 set ujian COVID19 ke alamat Tuan. Bayaran RM150 akan dicaj untuk ujian ini.”

3. Sindiket akan meminta maklumat kad ATM/ kredit kad mangsa.

” Boleh Tuan sebutkan nombor kad kredit dan 3 nombor akhir belakang kad?

INGAT !! Jangan dedahkan maklumat akaun bank, no kad ATM / kredit kad, kata laluan serta maklumat perbankan internet kepada sesiapa pun!

Lagi-lagi orang yang tidak dikenali.
Lagi-lagi melalui panggilan telefon dan tidak pernah berjumpa.

Ya! Pihak Kesihatan Daerah atau CPRC Negeri akan menghubungi individu yang ada contact tracing dengan individu positif COVID19. Namun, panduan dan temujanji akan diberikan untuk saringan dibuat di fasiliti kesihatan yang telah ditetapkan.

Jangan cemas ! Jangan takut ! Jika anda rasa ragu-ragu dengan panggilan yang diterima, hubungi talian CPRC. Beroperasi 24 jam.

http://covid-19.moh.gov.my/hotline

JANGAN MUDAH PERCAYA. Scammer ni nak balun jadi semua. Polis, pejabat pos, mahkamah, SPRM.. KKM pun nak. Nak jadi frontliner juga ke? (rolling eyes)

#PDRM
#CyberCrimeAlert
#PhoneScam
#KKM
#Covid19
#BeSmart

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker