Anuar Zain ‘berjodoh’ dengan Syria Care bantu pelarian sepanjang Ramadhan

Anuar Zain ‘berjodoh’ dengan Syria Care bantu pelarian sepanjang Ramadhan

Penyanyi tersohor, Anuar Zain menjadi selebriti yang terpilih menyertai Misi Kemanusiaan kali ke-13 yang digerakkan oleh Syria Care.

Misi berkenaan akan bergerak ke tiga buah negara pada Khamis ini iaitu Turki, Syria dan Lubnan.

Anuar atau Shahrul Anuar Zain, 52, akan berada di Lubnan selama lapan hari bersama-sama Syria Care mengagihkan bantuan makanan kepada pelarian sepanjang bulan Ramadan.

Terpanggil menyertai Misi kemanusiaan berkenaan, pelantun lagu Ketulusan Hati itu berkata, beliau terdetik untuk membantu pelarian yang bertahun-tahun lamanya berhadapan dengan kesukaran hidup.

“Kita ini apabila sudah puas bekerja untuk diri kita keluarga tapi kadang-kadang kita rasa terpanggil adakah sudah cukup kepada bantuan ke arah lain untuk memberi kesenangan kepada orang lain?

“Dengan adanya Syria Care saya terpanggil menjayakan misi ini saya tengok video-video kesukaran kehidupan saudara-saudara kita di sana, kerana keadaan hidup mereka di sana sangat susah bukan sahaja susah makanan, tempat tinggal juga sukar dari segi emosi,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Anuar gagal menahan air matanya ketika menceritakan perasaannya menonton video kanak-kanak di Syria ketika musim sejuk tanpa memakai baju tebal dan stokin yang dikongsikan oleh Syria Care.

“Saya ingat video kanak-kanak di bawah 10 darjah selcius masa itu tapi kanak-kanak itu langsung tidak memakai stokin,” katanya lagi.

Bukan hanya mahu menjadi salah seorang ahli misi kemanusiaan, Anuar dalam masa yang sama mahu memberi semangat kepada para pelarian di Lubnan untuk terus kuat meskipun ujian yang dihadapi sangat getir.

“Saya tidak pasti sama ada akan menangis, selalunya saya berfikiran positif kita nampak menangis kelihatan lemah. Saya ingin memberikan sokongan emosi tidak mahu nampak lemah biar orang nampak kita dalam keadaan begitu profesional,” tambah penyanyi terkenal itu.

Mengulas lanjut, adik kepada penyanyi Ziana Zain itu teruja untuk menjejakkan kaki ke Lubnan dalam budan Ramadan dan berpuasa selama 17 jam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syria Care Siti Sakinah Meor Omar Baki berkata, Anuar merupakan selebriti yang dilihat memberi impak kepada masyarakat di tanah air untuk bersama-sama menyumbang pelarian Syria di bulan Ramadan ini mengikut kemampuan.

“Anuar bukan sahaja sekadar merasa sedih dengan nasib pelarian di sana tetapi sanggup turun padang,” katanya lagi.

Syria Care menyasarkan berjaya mengumpul dana sebanyak RM225,000 bagi membantu lebih kurang 1,000 keluarga di negara berkenaan. MG

Anuar Zain ‘berjodoh’ dengan Syria Care bantu pelarian sepanjang Ramadhan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cucu celaka, rakam nenek terjatuh tanpa hulur bantuan

Cara Tuntut RM150 Kredit E-Wallet April 2022

Cari duit nak kahwin

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker