AirAsia kembali taja Liga M

 

 

PUTRAJAYA: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) boleh menarik sedikit nafas lega apabila Air Asia telah bersetuju untuk menaja semula saingan Liga Malaysia (Liga M) dengan beberapa perkara akan dipertimbangkan.



Perkhabaran gembira itu diumumkan sendiri oleh Presiden MFL Datuk Hamidin Mohd Amin selepas beliau sendiri berjumpa dengan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes.

“Saya sudah jumpa dengan Tony Fernandes dan selepas berbincang beliau telah mengesahkan akan menyambung kembali penajaan. Mungkin akan ada satu dua penambahan daripada Air Asia.

Belum sahih tarik diri



“Kita akan maklumkan secara lebih lanjut dalam masa terdekat dan anda (wartawan) boleh cuba dapatkan Tony sendiri. Ini perkara yang baik dan kita juga tunggu CIMB, kalau kita dapat bank lain… apa salahnya.

“Kami semua tengah usahakan mungkin Januari atau Februari akan dapat (umum berita baik) walaupun dalam keadaan Covid-19 ini bukan senang kerana ia memberi kesan kepada semua pihak.

“Jadi kita kena prihatin dengan situasi mereka dan tidak boleh menuntut sesuatu yang tinggi sebaliknya memberi ruang apa yang mampu diberikan oleh mereka,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Rakan Kongsi Kali Ke-4, di sini hari ini.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker